Wednesday 19 October 2011

AWAL BICARA

Kanak-kanak dan remaja adalah aset terpenting dalam membina negara bangsa yang maju dan dinamik. Kanak-kanak dan remaja merupakan modal insan yang berharga bagi negara. Pelbagai usaha dan komitmen dilaksanakan bagi mengasuh, mendidik, memupukserta menggembleng bakat dan potensi kanak-kanak dan remaja dengan harapan mereka mampu menjadi pelapis barisan pemimpin, warga teknorat dan ahli masyarakat yang berupaya memberi sumbangan bakti sebagai peneraju bangsa dan negara

      Ironinya, sebilangan kanak-kanak dan remaja terus dibiarkan terkulai layu dalam dakapan gejala sosial yang merosakkan. Mereka umpama 'teralang-alang bagai sampah dengan mata' yang hanya diperhatikan tanpa dipedulikan walaupun menyakitkan hati. Hatta, ada juga yang seolah-olah prihatin kerana menjadikan mereka topik bualan, medan kritikan dan bahan umpatan tetapi tiada siapa dan tiada apa yang dilakukan bagi membantu mereka.

    Setiap warga perlu berbuat sesuatu sekurang-kurangnya menyokong setiap usaha menggilap potensi kanak-kanak dan remaja. Setiap warga yang berkemampuan perlu segera memberi komitmen dan sumbangan serta bertindak pantas mengelak musibah dan malapetaka daripada kelalaian memikul tanggungjawab sosialsecara kolektif. Sehubungan itu, Guru Bimbingan dan Kaunseling berusaha mendidik dan menjana kanak-kanak serta remaja melalui program Unit Pembimbing Rakan Sebaya di sekolah rendah ataupun menengah.
   
   

          

    No comments:

    Post a Comment