Maklumat UBK

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepaduuntuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan bangsa Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan keluarga serta memberisumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat, negara dan keluarga ”.


Visi Kementerian Pelajaran Malaysia


Semua Guru Bimbingan Dan Kaunseling
Cemerlang dan Terbilang Menjelang 2010


Misi Kementerian Pelajaran Malaysia


Membangunkan Sistem Pendidikan Berkualiti Yang Bertaraf Dunia
 Bagi Memperkembangkan Potensi Individu 
Sepenuhnya Dan Memenuhi Aspirasi Negara Malaysia


Falsafah 


Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembleng secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.


Moto Perkhidmatan

Informasi, Kecemerlangan, Kesejahteraan

Visi Perkhidmatan


Mewujudkan iklim pendidikan yang konduktif, teraputik dan efektif dari aspek fizikal perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kauseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan murid dan sekolah.


Misi Perkhidmatan


  • Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
  • Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran intelek (IQ), emosi yang tinggi (EQ) dan berakhlak mulia (SQ)
  • Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
  • Memberikan pendidikan kerjaya yang bersepadu kepada murid.
  • Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan dalam kalangan murid.


Objektif Unit Bimbingan & Kaunseling
  1. Meningkatkan kecemerlangan akademik murid dengan mengadakan :
      1. Pemilihan mata pelajaran secara berkesan.
      2. Kemahiran belajar.
  2. Memberi pendedahan kerjaya kepada murid dengan cara melaksanakan :
      1. Mengumpul dan menyebarluaskan maklumat pelajaran dan peluang-peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam, swasta dan institusi latihan kemahiran.
      2. Ujian psikometrik.
  3. Berusaha mempertingkatkan sahsiah murid melalui :
      1. Program psikososial
      2. Program kesejahteraan mental
  4. Meningkatkan kefahaman mengenai keibubapaan dan perkembangan kesejahteraan individu melalui :
      1. Konsultasi keibubapaan.
      2. Kaunseling keluarga.
  5. Mencapai Sekolah Bebas Dadah menggunakan pendekatan pendidikan pencegahan dadah melalui :
      1. Pendekatan Keluarga Cemerlang.
      2. Pembentukan Jati Diri Remaja.
      3. Sekolah Bebas Dadah.
  6. Membangunkan daya kepimpinan dan pembangunan diri murid melalui :
      1. Mengenal diri dan potensi diri.
      2. Kemahiran kepimpinan.
      3. Kehidupan bermasyarakat.
      4. Penyelesaian masalah.

Piagam Pelan Unit Bimbingan & Kauseling

  1. Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif dan teraputik.
  2. Menerima klien tanpa syarat dan prejudis.
  3. Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesionalisme.
  4. Berusaha melindungi indentiti klien berdasarkan Kod Etika Kerahsian tertakluk kepada persetujuan klien.
  5. Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga 60 minit bagi setiap sesi individu atau kelompok.
  6. Menepati temujanji bersama klien dengan memberi khidmat yang sesuai dalam tempoh 48 jam.
  7. Memberi keutamaan dengan mengambil tindakan segera bagi klien yang memerlukan kaunseling krisis.
  8. Berusaha merujuk klien kepada pihak tertentu dengan persetujuan klien atas dasar limitasi keupayaan Guru Kaunseling.
  9. Memberi maklumat yang tepat dan terkini kepada klien dengan penuh jujur, ikhlas dan beretika.
  10. Membangunkan potensi individu sebagai model insan yang mampu menyumbang kepada negara.