Maklumat Sekolah

Sejarah & Latar Belakang


 
Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah (SMKGP) ditubuhkan pada bulan Januari 1966 dengan menumpang tiga buah bangunan yang berasingan di S.R.J.K (Cina) Ming Terk.  Mulai penggal ketiga persekolahan tahun 1969, sekolah ini berpindah ke bangunan sendiri yang ada sekarang.  Pada waktu itu jumlah pelajarnya seramai 224 orang iaitu 184 orang pelajar aliran Melayu dan 40 orang pelajar aliran Inggeris
Pada permulaannya, SMKGP terdiri daripada dua blok iaitu A dan B yang mengandungi pejabat, sebuah makmal sains, dua buah makmal sains rumahtangga, dua buah tandas, empat buah stor, dan sepuluh buah bilik darjah.  Semua pelajar pada masa itu belajar di dua sesi iaitu sesi pagi dan petang.

Pada bulan Januari 1975, satu blok tambahan iaitu Blok C dibina.  Ia mengandungi dua buah bilik darjah, satu bilik stor, dan kantin.  Jumlah murid pada masa itu adalah seramai 542 orang.

Pada awal Januari 1989, sebuah bangunan lagi telah dibina iaitu blok D dan mula digunakan pada awal Februari 1990.  Bangunan ini mengandungi enam bilik darjah, satu bilik guru, tiga makmal tulen, dua tandas guru, dan dua tandas murid

Bangunan KBSM iaitu blok E telah siap dibina yang mengandungi dua belas bilik darjah, manakala bangunan tambahan kantin yang telah dibina telah diubahsuai menjadi persatuan badan beruniform dan stor sukan pada penghujung tahun 1990.

Gelanggang serba guna juga telah siap dibina dan digunakan pada pertengahan tahun 1990.


Pada Mei 1997, projek pembinaan Dewan Besar telah dimulakan dan siap pada September 1998.

Pada akhir tahun 1998 , blok  G  dan sebuah bengkel pertanian telah mula  didirikan dan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 1999.

Visi Sekolah

"Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang"

Misi Sekolah

"Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti"

Organisasi Sekolah

PUAN ASMAH BINTI ABD HAMID
PENGETUA


EN MD NASIR BIN MAHAT
GPK PENTADBIRAN

PN MARCELLA BINTI DARUS
GPK HEM

PUAN LETCHUMY A/P MUNUSAMY
GPK KOKURIKULUM


PN NORASHIKIN BINTI MD RAZI
GPK TINGKATAN 6


PN MAHFUZAH BUANG
GK TEKNIK VOKASIONAL


EN IZAM BIN AHMAD
GK SAINS KEMASYARAKATAN

PN NORAZIZAH
GK BAHASA


PN HJH NORIDAH SABTU
GK SAINS MATEMATIK