Bidang / Tugas

Bidang

Bagi memastikan bahawa matlamat dan objektif perkhidmatan bimbingan dan kaunseling tercapai, kaedah penyampaian dan perkhidmatan kepada kumpulan sasar adalah amat penting. Keberkesanan perkhidmatan akan dapat mewujudkan pelajar yang seimbang, berjiwa besar dan waja, berwawasan dan berketrampilan. Usaha-usaha untuk membina insan yang terus maju kearah hidup yang bermakna bagi kesejahteraan diri, masyarakat dan negara perlu dilaksanakan dengan secara seimbang dalam semua bidang seperti berikut :


  1. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
    • Input :
      1. Akademik
      2. Kerjaya
      3. Psikososial
      4. Keluarga
      5. Kes Disiplin
      6. Dadah
      7. HIV/AIDS
      8. Krisis
      9. Peribadi
    • Kaedah :
      1. Kaunseling Individu
      2. Kaunseling Kelompok
      3. Bimbingan Individu
      4. Bimbingan Kelompok
      5. Konsultasi
  2. Pengurusan dan Pentadbiran
    • Input :
      1. Maklumat Kerjaya
      2. Maklumat Pendidikan dan Latihan
      3. Maklumat Dadah
      4. Maklumat HIV/AIDS
      5. Maklumat Bahaya Rokok dan Kesihatan
      6. Rancangan Tahunan
      7. Kertas Kerja Program
      8. Buku Rekod Perkhidmatan
      9. Borang-borang Perkhidmatan dan Kounseling
      10. Jadual Waktu Perkhidmatan
      11. Maklumat Murid
      12. Laporan Program
      13. Keceriaan Bilik Kaunseling
      14. Papan Kenyataan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
      15. Laporan dan Rekod Sesi
      16. Penilaian Program
      17. Rekod dan Laporan Kewangan
    • Kaedah :
      1. Sistem Fail
      2. Paparan
      3. Sebaran
      4. Brosur / Pamplet
      5. Poster
      6. Buku
      7. Buku Skrap
      8. Perkongsian
  3. Akademik
    • Input :
      1. Pemilihan mata pelajaran elektif
      2. Kemahiran belajar
        1. Membaca
        2. Mengambil / Mengambil nota
        3. Pengurusan masa
        4. Pengurusan diri
        5. Mendengar
        6. Mengingat
        7. Mengulangkaji
        8. Menjawab soalan peperiksaan
        9. Menghadapi peperiksaan
      3. Mengumpul maklumat pelajaran atau peluang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi
    • Kaedah :
      1. Bimbingan kelompok
      2. Bimbingan individu
      3. Bengkel
      4. Seminar
      5. Kem / Perkhemahan
      6. Tayangan video
      7. Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
      8. Taklimat
      9. Kolokium
      10. Tutor Sebaya
      11. Mentor Mentee
      12. Lawatan 
      13. Ceramah
      14. Pameran
      15. Bank Maklumat Manual
      16. Bank Maklumat Berkomputer
  4. Kerjaya
    • Input :
      1. Inventori Minat
      2. Inventori Personaliti
      3. Inventori Nilai
      4. Pemilihan mata Pelajaran Elektif
      5. Pengumpulan Maklumat Kerjaya
      6. Pendedahan Kerjaya Peluang Latihan Kerjaya
      7. Penyebaran Maklumat
    • Kaedah :
      1. Bimbingan Kelompok
      2. Bimbingan Individu
      3. Lawatan
      4. Ceramah
      5. Forum
      6. Seminar
      7. Tayangan Video
      8. Pertandingan-pertandingan
        1. Media Maklumat Kerjaya
        2. Buku Skrap Kerjaya
        3. Eksplorasi Alam Kerjaya
        4. Poster Kerjaya
        5. Sketsa Kerjaya

Tugas

Senarai tugas guru Bimbingan dan Kaunseling :

  1. Menyediakan rancangan tahunan programdan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
  2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling melalui keperluan, soal selidik, temu bual, dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.
  3. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
  4. Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kepada pelajar.
  5. Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.