Aktiviti-Aktiviti


Kem Perdana 2011

Pada 27,28 dan 29 Mei 2011, SMK Gelang Patah telah menganjurkan Kem Perdana di Kem Kaizen, Gunung Pulai. Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dijalankan dengan tujuan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri setiap pelajar yang menyertai.























Iftar Jamaie, Tarawikh & Solat Hajat

Pada 5 Ogos (Jumaat malam Sabtu) yang lepas bermula jam 6.45 hingga jam 10 malam telah berlangsung program iftar jamaie, solat tarawikh dan solat hajat bagi pelajar-pelajar PMR, SPM dan STPM. Sebelum itu  maksud" iftar" ialah  jamuan berbuka puasa dan "jamaie" itu bermaksud beramai-ramai. Program ini telah dianjurkan bersama Panitia Pendidikan Islam bersama PIBG dan telah berjaya dijalankan dengan jayanya. Semoga segala usaha yang kita lakukan mendapatkan keberkatannya...InsyALLAH. Sedikit gambar untuk dikongsikan.

Hari Kerjaya


Pada 27 September (Khamis) pada waktu persekolahan sekolah telah berlangsung program hari kerjaya bagi pelajar Tingkatan 5 untuk melanjutkan pelajaran mereka selepas menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA),Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan institusi latihan kemahiran.























Bengkel Outreach Merekayasa BNK Negeri Johor


Pada 19,20 dan 21 Oktober 2011,.beberapa orang pelajar telah dipilih untuk menyertai Bengkel 'Outreach' Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Sekolah-Sekolah Negeri Johor Tahun 2011 yang berlangsung di Hotel Selesa, Pasir Gudang, Johor. Program ini dianjurkan untuk mengajar pelajar atau ahli Pebimbing Rakan Sebaya membina sebuah Blog untuk Unit Bimbingan & Kaunseling Sekolah. Program ini juga memberi pengalaman yang baru untuk pelajar-pelajar mengetahui dengan lebih luas tentang cara untuk membuat  Blog dan dapat menggunakannya dengan betul..Pelajar juga dapat berhubung dengan kenalan-kenalan lain melalui Blog.


Hotel Selesa, Pasir Gudang








Aktiviti Bengkel Outreach Merekayasa








Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur

Pada 8 dan 9 November 2011, kaunselor SMK Gelang Patah bersama 64 pelajar tingkatan 3 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Lawatan ini dianjurkan untuk mengisi aktiviti-aktiviti pelajar tingkatan 3 selepas mereka menduduki peperiksaan PMR yang lalu.


























Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 Dan Peralihan 2012


Pada 4,5 dan 6 Januari 2012, program orientasi pelajar tingkatan 1 dan peralihan 2012 telah diadakan di Dewan Sri Bestari, SMK Gelang Patah. Taklimat Unit Bimbingan dan Kauseling disampaikan oleh Puan Zareena Binti Aziz. Mereka diberi pengenalan tentang  persekitaran sekolah menengah serta tata cara sebagai pelajar. Taklimat disiplin seperti peraturan dan pemakaian seorang pelajar turut diberikan oleh Encik Mohd Azbany Bin Mat Jusoh. Di samping itu, permainan indoor disediakan bagi mengelak pelajar-pelajar merasa bosan.














Hari Terbuka 2012

Pada 7 Januari 2012 yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan hari terbuka di Dewan Sri Bestar, SMK Gelang Patah. Program ini hanya melibatkan pelajar peralihan, tingkatan 2,3 dan 5 sahaja. 







Program Pembukaan Akuan Tabung Haji

Pada 11 dan 12 Januari 2012, program pembukaan akuan tabung haji dijalankan dengan tujuan agar para pelajar Islam memiliki akuan tabung haji. Ini dapat memudahkan pelajar menyimpan wang agar dapat digunakan untuk mengerjakan haji dan umrah serta dapat digunakan pada hari tua. Semua pelajar tingkatan 1 dan pelajar yang belum memiliki akuan tabung haji sahaja yang terlibat.